Jesup mengambil alih Perang Seminole Kedua

Pada tahun 1836 Tentera Amerika Syarikat memiliki hanya empat Major Jeneral. Alexander Macomb, Jr. merupakan Jeneral pemerintah Tentera. Edmund Gaines dan Winfield Scott setiap satunya telah bertugas dilapangan dan gagal mengalahkan puak Seminoles. Thomas Jesup merupakan Major Jeneral terakhir yang ada. Jesup baru mematahkan kebangkitan puak Creeks di Georgia barat dan Alabama timur (Perang Creek 1836), mengatasi Winfield Scott dalam proses itu. Jesup membawa pendekatan baru bagi perperangan menentang puak Indian. Disebalik menghantar pasukan besar untuk memaksa puak Seminoles bertempur dalam set pertempuran yang ditetapkan, dia menumpu pada usaha meletihkan puak Seminoles. Pendekatan ini memerlukan kehadiran tentera yang besar di Florida, dan Jesup akhirnya memiliki pasukan lebih dari 9,000 orang di bawah pemerintahannya. Hampir separuh dari pasukannya adalah sukarelawan dan pasukan bersenjata (bukan tentera). Ia termasuk satu brigade Marin, dan anggota Tentera laut dan Kastam-Marin yang meronda persisiran dan sungai dan anak sungai dalaman.[32]

Pihak Tentera laut dan Kastam-Marin kedua mereka telah bekerja sama dengan pihak tentera sejak awal perang. Kapal Tentera laut dan bot kastam mengangkut orang dan bekalan ke pos tentera. Mereka meronda persisiran pantai Florida bagi mengumpul maklumat dan memintas Seminoles, dan menghalang penyeludupan senjata dan bekalan kepada pihak Seminoles. Kelasi dan Marin membantu menduduki kubu Tentera yang kekurangan anggota. Kelasi, Marin, dan Kastam-Marin terbabit dalam ekspedisi ke tengah Florida, samaada melalui bot dan di darat. Menentang bilangan tersebut, puak Seminoles memulakan perang dengan bilangan antara 900 dan 1,400 pahlawan,dan tanpa cara menggantikan kehilangan mereka.[33]

Rujukan

WikiPedia: Perang Seminole Kedua http://www.palmbeachpost.com/news/content/local_ne... http://digitalcollections.fiu.edu/tequesta/files/1... http://www.history.army.mil/books/AMH/AMH-07.htm http://www.history.army.mil/books/AMH/amh-toc.htm http://www.history.navy.mil/wars/foabroad.htm http://web.archive.org/web/20070206182835/http://w... http://www.archive.org/details/soldiersofflorid00f... http://voneresearch.org/?pageID=maritime_history/c... http://replay.waybackmachine.org/20070624185615/ht... http://replay.waybackmachine.org/20070926204424/ht...